PENYEBAB RAMAI MASUK SYURGA DAN NERAKA


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya; " Apakah perkara yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga?" Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang terpuji." Dan baginda ditanya lagi; "Apakah perkara yang paling banyak menyebabkan manusia  masuk neraka?" Baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ibnu Majah No: 4236) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Dua perkara yang menjadi penyebab paling banyak manusia masuk syurga adalah sifat takwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang terpuji.

2.  Orang yang bertakwa adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Firman Allah:

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ 

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu (bukan kerana keturunan,  bangsa, pangkat dan kedudukannya). (Hujurat: 13)

At-Thobari  berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajiban dan menjauhi maksiat. Bukan yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang besar atau berasal dari keturunan yang mulia.” (Tafsir Ath Thobari, 21:386)

3.  Akhlak terpuji adalah datang dari sifat takwa seseorang kepada Allah yang menjadi penghias dalam setiap amalnya. Kata Imam Al-Ghazali: “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia.”

Firman Allah:

 وَٱلۡبَلَدُ ٱلطَّيِّبُ يَخۡرُجُ نَبَاتُهُۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦۖ وَٱلَّذِي خَبُثَ لَا يَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدٗاۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَشۡكُرُونَ ٥٨ 

Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur (al-A’raf: 58)

4.  Dua perkara yang menjadi penyebab ramai manusia masuk neraka ialah daripada kesalahan dua rongga yang terbuka iaitu mulut (mengumpat, memfitnah, mengadu domba, berbohong dan lain-lain) dan kemaluan (ditempat atau dengan pasangan yang tidak halal). 

Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Hukum Memisahkan Tamu Pria dan Wanita Dalam Walimah

MEMBANGUN KELUARGA IDEOLOGIS

PENCABUTAN STATUS BHP HTI BANYAK CACATNYA